in , , ,

CD Projekt Red ‘Dalam Proses’ Untuk Lancarkan Semula Cyberpunk 2077 Dalam PlayStation Store

Cyberpunk 2077 bakal memasuki usia enam bulan tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, para pemain PlayStation masih terpinga-pinga bilakah game open-world itu bakal masuk semula ke dalam PlayStation Store.

Dalam laporan kewangan terbaharu, CD Projekt Red ada berkongsikan tentang perkembangan terkini isu tersebut, walaupun bukanlah sebarang perkembangan yang signifikan.

CDPR mendedahkan bahawa terdapat nilai-nilai tertentu yang Sony arahkan CDPR untuk capai, namun tidak menyatakan apakah syarat itu.

“Kami tidak boleh mendedahkan secara terperinci tentang perkembangan tersebut, tapi satu proses sedang berjalan,” ujar CDPR. “Kami sedang mengusahakannya.. perbincangan sedang diadakan.. keputusannya akan diumumkan apabila ia bersedia untuk diumumkan.”

Wakil Pembangunan Bisnes CDPR, Michał Nowakowski menolak untuk memperincikan apakah yang mereka sedang bincangkan dengan Sony dan Microsoft tentang apakah yang diperlukan untuk melancarkan versi konsol generasi terkini Cyberpunk 2077.

“Kalau 20 tahun akan datang saya ada menulis memoir, saya berjanji saya akan menjawabnya,” seloroh Nowakowski.

Kepada korang yang hanya memiliki PS4 atau PS5 sebagai sistem gaming, dan teringin benar bermain Cyberpunk 2077, sama-samalah kita nantikan bilakah Sony dan CDPR akan mencapai kata sepakat untuk melancarkannya semula ke store itu.

Disember lalu, setelah pelancarannya di konsol begitu teruk yang penuh dengan glitch, Sony telah menyediakan laman khas untuk mengembalikan semula wang pemain secara penuh (full refund), sekaligus membuang game itu dari PS Store dan tidak membenarkan pemain-pemain baharu untuk membelinya.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Peminat Bengang EA Iklankan FIFA Points Dalam Majalah Kanak-Kanak Kerana Perkaitannya Dengan Judi

Mode Ultimate Team Menyumbang RM6.7 Billion Tahun Lalu, 29% Pendapatan Keseluruhan EA

Battlefield Seterusnya Akan Didedahkan Secara Rasmi Minggu Depan