Sebelum ini, kita telah mengetahui bahawa game akan datang dari CD Projekt Red, Cyberpunk 2077 akan memberikan para pemain pilihan untuk mencipta karakter lelaki atau wanita. Dalam kata lain, pemilihan jantina yang binari.

Terbaru, dalam satu temuramah bersama Metro.co.uk, senior concept artist CD Projekt Red, Marthe Jonkers telah berkongsikan beberapa info lanjut tentang game ini. Antara pendedahan yang mendapat perhatian ialah keputusan pembangun itu membuang pemilihan jantina dalam penciptaan karakter oleh pemain.

Semasa pelancaran nanti, Cyberpunk 2077 tidak akan membawakan opsyen untuk memilih jantina sama ada lelaki atau wanita.

Ini mungkin sedikit mengelirukan. Bukanlah bermakna game itu nanti telah menetapkan apakah jantina karakter yang akan dikawal oleh pemain tetapi hanya membuang opsyen “memilih jantina” itu.

Kata Jonkers:

“Menu penciptaan karakter kami, misalnya, dibandingkan dengan demo terakhir, kami kini memberikan kamu lebih banyak pilihan. Contohnya, kamu tidak memilih jantina lagi. Kamu tidak pilih ‘saya mahu menjadi karakter wanita atau lelaki’. Kamu sekarang memilih satu bentuk badan. Kerana kami mahu kamu merasa bebas untuk mencipta apa sahaja karakter yang kamu ingini.

[Suara] yang satunya berbunyi lelaki, satu lagi berbunyi wanita. Kamu boleh pilih dan padankan. Kamu terus boleh sambungkan apa sahaja yang kamu mahu.”

Dari apa yang dikatakan ini, nampaknya pemain boleh pilih bentuk badan sado seperti lelaki, dan suara berbunyi wanita. Iyalah, mix and match, kan? Lebih bebas, ya tak? Kelas kau nyah!

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 16 April 2020 untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia.

JomKomen!