in , , , ,

CD Projekt Red Akan Menguji Game Di Setiap Platform, Bukan Hanya Di PC

Pelancaran Cyberpunk 2077 merupakan peristiwa yang tidak akan dilupakan buat para gamer. Pelbagai masalah bugs yang dihadapi oleh pemain terutamanya bagi mereka yang memilik konsol generasi lama seperti PS4.

Untuk mengelakkan peristiwa itu berlaku lagi, ketua pegawai teknologi, Pawel Zawodny menjelaskan dalam video temu bual tentang bagaimana syarikat itu mahu melakukan pendekatan dari segi pembangunan video game yang lebih proaktif dan lebih terancang di masa hadapan.

Beliau berkata masalah-masalah yang dijumpai semasa proses pembangunan akan berkait dengan kestabilan dan prestasi game di setiap platform. Pihaknya akan menguji kualiti gameplay di setiap platform dan bukan hanya memfokuskan kepada PC sahaja.

Ini merupakan sebahagian daripada amalan yang akan dilakukan oleh syarikat kepada game akan datang.

Diharapkan supaya CD Projekt Red belajar dari kesilapan lalu dan memperbaikinya untuk game akan datang seperti sekuel Cyberpunk, lima game terbaru The Witcher dan satu IP baharu yang dalam pembangunan.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

HBO Tak Galakkan Pelakon Siri The Last of Us Main Game Asal

Messi, Neymar, Pogba Akan Masuk Call of Duty: Modern Warfare 2?