Siapa saja yang tidak sabar dengan game akan datang daripada CD Projekt Red ini. Selepas membawakan kita The Witcher 3 empat tahun lalu, semestinya Cyberpunk 2077 merupakan antara game paling dinantikan pada ketika ini.

Buat masa ini, kita hanya disajikan dengan 48 minit gameplay yang dikeluarkan pada tahun lalu. Maka, sudah tibanya untuk CD Projekt Red memperlihatkan gameplay terbaru menjelang pelancarannya pada tahun hadapan.

Diumumkan dalam satu blogpost, mereka telah mendedahkan bahawa satu sesi livestream akan diadakan, yang mana ia akan memaparkan gameplay Cyberpunk 2077 terbaru. Livestream ini akan berlangsung pada 31 Ogos 2019, jam 2 pagi (waktu Malaysia).

Ia boleh ditonton melalui channel rasmi CD Projekt Red Twitch dan Mixer.

Kata mereka lagi, 15 minit gameplay akan diperlihatkan, yang mana rakaman tersebut telahpun ditunjukkan kepada pihak media di acara Gamescom 2019. Kemudian akan ada sesi temuramah bersama pembangun bagi membincangkan apakah yang telah diperlihatkan dalam video berdurasi 15 minit itu.

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 16 April 2020 untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia.

JomKomen!