in

CD Projekt Ambil-Alih Studio The Molasses Flood, Sedang Bikin ‘Projek Besar’ Dari Francais CD Projekt

CD Projekt telah mengumumkan sebuah studio baharu yang baru sahaja mereka ambil-alih, iaitu The Molasses Flood.

The Molasses Flood merupakan sebuah studio pembangunan game yang berpangkalan di Bostone, Amerika Syarikat, diasaskan pada tahun 2014 oleh beberapa veteran yang pernah terlibat membangunkan siri popular seperti Bioshock, Halo, dan Guitar Hero & Rock Band.

Antara game terkenal yang telah dibangunkan oleh The Molasses Flood sebelum ini ialah The Flame in the Flood dan Drake Hollow, iaitu game bergenre survival dan pembinaan-pangkalan.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan, CD Projekt menyatakan bahawa The Molasses Flood akan membangunkan sebuah projek bercita-cita besar, berdasarkan salah satu harta intelek (IP) yang dimiliki oleh CD Projekt. Mereka tidak mendedahkan apakah IP tersebut, yang mana butiran lanjut mengenainya akan diumumkan pada masa akan datang.

Mereka turut menyatakan yang CD Projekt Red akan berkerja secara rapat dengan The Molasses Flood, namun studio yang baru dibeli itu akan terus mengekalkan identiti mereka dan tidak akan menggabungkan mereka dengan pasukan sedia ada.

Apabila bercakap tentang IP milik CD Projekt, ada dua sahaja yang terlintas: The Witcher dan Cyberpunk. IP manakah agaknya sedang dibangunkan oleh The Molasses Flood menjadi sebuah ‘projek bercita-cita besar’ mereka?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini Video Perbandingan Grafik Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition, Dilancarkan 11 November

Konami Tunda Kemaskini Pertama eFootball 2022 Ke Bulan Depan