Kira-kira dua minggu lalu, CD Projekt Red dan Netflix telah mengumumkan satu kerjasama untuk membawakan satu acara istimewa untuk peminat setia dunia The Withcer, digelar WitcherCon.
Terkini, kira-kira dua minggu sebelum acara tersebut, mereka mengingatkan sekali lagi tentang acara itu melalui satu trailer pendek yang menggabungkan paparan dari game The Withcer, siri televisyen The Witcher serta beberapa kejutan yang akan diumumkan semasa acara itu kelak.
Antara kandungan yang bakal disajikan adalah perkongsian pembikinan game, siri televisyen, filem anime, dan merchandise The Witcher serta rakaman eksklusif di balik tabir. Selain itu, terdapat juga panel-panel interaktif yang menyoroti insan-insan yang menghidupkan The Witcher ke dalam game dan skrin, menampilkan berita terkini dari siri Netflix dan pendedahan yang tidak pernah diumumkan sebelum ini merentasi francais The Witcher.
Walau bagaimanapun, kenyataan itu dengan jelas menegaskan bahawa tiada sebarang game The Witcher baharu akan diumumkan semasa acara WitcherCon ini.
WitcherCon ini akan berlangsung dalam dua sesi — berikut adalah tarikh dan waktunya (waktu Malaysia):
- Sesi pertama: 10 Julai 2021, 1 pagi.
- Sesi kedua: 10 Julai 2021, 9 pagi.
Di bawah pula adalah dua channel Youtube yang akan bersiaran langsung acara ini:
Comments
Loading…