Setelah sekian lama tease, ‘Project Spellfire’ kini bernama Catalyst Black akhirnya diumumkan!
Super Evil Megacorp telah mengumumkan game terbaru mereka Catalyst Black yang bergenre (tarik nafas) team-based, drop-in-drop-out battlegrounds top-down brawler looter shooter dalam dunia magik.
Korang boleh lengkapi karakter korang dengan kepelbagaian senjata dan kebolehan yang akhirnya akan mencorak playstyle korang sendiri.
Di samping itu, korang boleh mengumpul Ulti dalam bentuk transformasi menjadi Primal Gods dengan menggunakan Masks.
Masing-masing dengan attributes yang boleh dimapan dengan items dan playstyle yang berbeza.
Yang menariknya, game ini dibikin untuk dimainkan di platform konsol, mobile dan PC dan boleh dimainkan merentasi platform menggunakan cloud-first cross-platform accessibility.
Game ini masih di dalam peringkat alpha, namun begitu dev telah mengumumkan ianya akan boleh dimainkan mungkin dalam bentuk playtest beta di penghujung tahun ini.
Comments
Loading…