Khabaran Devil May Cry 5 makin bertiup kencang!
Baru-baru ini ResetERA telah menemui laman web bagi Devil May Cry 5!
Menurut Whois domain tersebut didaftarkan kepada GMO Internet, sebuah syarikat Jepun yang pernah mengerjakan laman-laman Capcom yang lain seperti Monster Hunter World, dan Resident Evil 7.
Ini semestinya berita yang dinanti ramai peminat francais Devil May Cry kerana Capcom sememangnya cukup terkenal dengan pendaftaran domain sesuatu game sebelum membuat pengumuman besar mengenainya.
Dengan E3 yang semakin hampir, kitorang menjangkakan Capcom ada kejutan yang akan ditampilkan di ekspo tersebut.
Selain pendaftaran laman web Devil May Cry 5 tersebut, syarikat yang sama juga telah memperbaharui laman web Resident Evil 2 yang telah dimiliki Capcom sejak 1997. Dengan khabar angin terhadap remake RE2, pembaharuan laman tersebut sedikit sebanyak mengesahkan khabar tersebut.
Amacam? Dah ready ke nak dengar pengumuman Devil May Cry 5 dari Capcom?
Comments
Loading…