in , , ,

Call Of The Sea: Game First-Person Puzzle Dengan Lokasi Pulau Tropika Yang Cantik

Call of the Sea merupakan antara game yang telah diumumkan semasa pertunjukan siaran langsung Inside Xbox untuk Xbox Series X malam tadi.

Berlatarbelakangkan pada tahun 1930 di sebuah pulau tropika yang terletak di selatan Pasifik, Call of the Sea ialah sebuah game pengembaraan misteri di mana pemain akan bermain sebagai karakter Norah, dalam misi untuk mencari suaminya yang telah lama hilang selepas melakukan ekspedisi di pulau tersebut.

Game ini diterbitkan oleh Raw Fury dan dibangunkan oleh Out of the Blue, sebuah studio dari Madrid, Sepanyol. Call of the Sea akan hadir ke Xbox Series X, Xbox One dan PC pada lewat tahun 2020. Dan ia juga akan hadir ke Xbox Game Pass semasa pelancaran nanti.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Bright Memory: Infinite Akan Hadir Ke Xbox Series X

Bright Memory: Infinite Gabungkan Sains Fiksyen Dan Aksi FPS Pantas – Akan Hadir Ke Xbox Series X

The Medium - Game Seram Antara Dimensi Fizikal Dan Dimensi Rohani

The Medium: Game Seram Antara Dimensi Fizikal Dan Dimensi Rohani