in , , ,

Call of Duty XP: Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Tentang Pengumuman Modern Warfare Remastered Dan Infinite Warfare

Lambakan pengumuman baru untuk peminat setia siri Call of Duty. Jom tengok apa yang bakal dibawakan oleh Activision kepada anda pada tahun ini!

call-of-duty-xp-2016

Malam tadi, acara Call of Duty XP telah diadakan. Pelbagai pengumuman telah dibuat untuk Black Ops 3, Infinite Warfare dan Modern Warfare Remastered.

Call of Duty: Infinite Warfare – Sesi Beta Bermula 14 Oktober

call-of-duty-infinite-warfare

Sesi beta untuk multiplayer Infinite Warfare akan bermula pada 14 Oktober 2016 pada platform PS4 terlebih dahulu dan akan dikeluarkan di Xbox One pada waktu kemudian. Mereka belum mengumumkan berapa lamakah ia bakal berlangsung.

Malang sekali lagi buat para pemain di PC, sesi beta untuk game ini tidak akan dikeluarkan di platform PC.

Melalui tweet yang dikeluar di akaun rasmi Call of Duty, kelihatan seperti anda perlu melakukan pre-order untuk memainkan versi beta ini.

Sementara itu, jom layan dahulu video gameplay terbaru dari multiplayer Infinite Warfare, di mana pihak developer telah berkongsi pelbagai info mengenai apakah yang bakal dimainkan oleh anda:

Ini pula adalah reveal multiplayer trailer untuk Call of Duty: Infinite Warfare:

https://www.youtube.com/watch?v=9q8vAaXy7vs&oref=https%3A%2F%2Fwww.youtube.com%2Fwatch%3Fv%3D9q8vAaXy7vs&has_verified=1

Call of Duty: Modern Warfare Remastered – 16 Map Akan Ditampilkan

call_of_duty_modern_warfare_remastered_mp_backlot_2

Sebuah game yang lebih dinanti-nantikan daripada game utama CoD pada tahun ini, Infinite Warfare – Modern Warfare Remastered bakal menampilkan 10 map semasa pelancaran, dan 6 map tambahan pada Disember nanti. Sekaligus, menjadikan game ini bakal menyajikan 16 map keseluruhannya.

Berikut adalah trailer untuk multiplayer Modern Warfare Remastered yang sememangnya mengembalikan pelbagai memori kepada para pemain:

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, pemain perlu membeli Legacy Edition atau Legacy Pro Edition bagi Infinite Warfare untuk mendapatkan Modern Warfare Remastered. Ia tidak dijual secara berasingan.

Call of Duty: Infinite Warfare akan dilancarkan bersama-sama dengan Call of Duty: Modern Warfare Remastered pada 4 November di PC, PS4 dan Xbox One.

Call of Duty: Black Ops 3 – DLC Salvation Dikeluarkan Pada 6 September

call-of-duty-black-ops-3-salvation

Di samping dua game yang menjadi tarikan utama mereka pada tahun ini, mereka tidak melupakan DLC keempat dan terakhir untuk Black Ops 3. DLC yang diberi nama Salvation ini bakal menampilkan 4 arena.

DLC ini akan turut membawakan kisah terakhir dalam Black Ops Zombies.

Salvation akan dilancarkan dalam Call of Duty: Black Ops 3 pada 6 September ini di PS4 terlebih dahulu. Ia kemudian akan dikeluarkan di Xbox One dan PC pada tarikh yang kemudian.

Apa-apa pun, jom layan trailer untuk DLC Salvation ini:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bersedia Untuk Bergasak Dalam Horde Mode Version 3.0 Dalam Gears of War 4!

Duke Nukem 3D Kembali Ke PC Dan Konsol Dengan Grafik Ala 90an!