Sledgehammer Studio yakin bahawa sentuhan mereka kali ini akan menerima sambutan.

Dalam temubual bersama PlayStation Blog, Cameron Dayton dan Jon Horsley dari Sledgehammer Games telah menyatakan bahawa mereka telah menukar perspektif yang biasa dipertengahkan mengenai zombie dalam siri CoD. Zombie-zombie kali ini tidak dibangunkan semula oleh kuasa magis tetapi menggunakan konsep dan eksperimen pelik yang berlaku pada zaman Perang Dunia ke-2!

Daripada video temubual ini juga, kita dapat lihat sedikit sebanyak gameplay bagi mode co-op Zombie kali ini dan studio terbabit yakin bahawa sentuhan mereka bagi mode ini akan memberikan respon positif dari peminat-peminat.

Call of Duty: WWII akan diterbitkan 3 November bagi PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!