in , , ,

Call of Duty Warzone: Playlist Duo dan Squad Dilaporkan Akan Hadir Tidak Lama Lagi

Dalam reviu Call of Duty: Warzone, kami mengatakan bahawa bilangan pemain yang seramai ini, dan keluasan map yang sebesar ini, seharusnya dimainkan dengan skuad yang mempunyai empat orang pemain, bukannya tiga pemain seperti yang ada sekarang.

Nampaknya, bilangan ideal pemain dalam satu-satu skuad ini mungkin akan menjadi kenyataan apabila ada laporan yang mengatakan playlist untuk Duo dan Squad akan hadir dalam game battle royale terbaharu ini tidak lama lagi.

Laporan ini muncul daripada Twitter @ModernWarzone yang mengatakan bahawa mereka menemui screenhot untuk ‘private match’ yang akan dibawakan tidak lama lagi, dan salah satu settings yang ada dalam ‘private match’ itu ialah pilihan untuk menetapkan sama “Duo” atau “Squad”.

Tambahan lagi, mereka tidak menemui sama ada Squad ini terdiri daripada berapa orang pemain — mungkin 4, 5 atau 6 pemain dalam satu skuad?

Malah, sekiranya ‘private match’ ini benar akan hadir, tidak pasti sama ada Duo dan Squad ini akan dibawa keluar dari situ dan diletakkan dalam matchmaking umum.

https://twitter.com/ModernWarzone/status/1241115632877387779?s=20

Apa-apa pun, seperti biasa, laporan ini masih lagi dalam status ura-ura, maka sama-samalah kita nantikan pengumuman rasmi sama ada laporan ini adalah sahih ataupun tidak.

Call of Duty: Warzone boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Memperkenalkan Buat Kali Pertamanya Secara Rasmi, Logo PlayStation 5

Sony Jelaskan Lebih Lanjut: Majoriti 4,000 Game PS4 Akan Boleh Dimainkan Di PS5

Pemandu F1 Akan Berlumba Dalam Video Game Rasmi Selepas Perlumbaan Sebenar Dibatalkan

Pemandu F1 Akan Berlumba Dalam Video Game Rasmi Selepas Perlumbaan Sebenar Dibatalkan