Call of Duty: Warzone Menyegarkan Kembali Genre Battle Royale Yang Semakin Membosankan

Beberapa hari lalu, kami ada melaporkan bagaimana para pemain Call of Duty: Warzone di konsol sudah mula menutup kebenaran fungsi cross-play kerana tidak mahu berjumpa dengan para penipu (cheaters) yang ada di platform PC.

Terkini, dalam satu kenyataan baharu yang dikeluarkan, Infinity Ward telah berkongsikan apakah langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang mereka akan bawakan pada minggu ini bagi membanteras kegiatan menipu dalam game ini.

Antara kemaskini baharu yang mereka tampilkan dalam Warzone dan Modern Warfare pada minggu ini ialah:

  • Pemain yang melaporkan tentang pemain lain yang disyaki menipu akan mendapat pengesahan dalam game sekiranya pemain yang dilaporkan itu telah diharamkan (ban) untuk bermain.
  • Menggunakan kemaskini keselamatan berdedikasi tambahan
  • Mempertemukan pemain yang disyaki menipu dalam perlawanan sama
  • Meningkatkan sumber untuk pasukan yang mengendalikan isu ini

Kemudian, dalam masa terdekat nanti, mereka akan menambah butang ‘Report’ kepada seseorang pemain semasa di skrin killcam dan spectator mode.

Apa sahaja bentuk usaha yang dilakukan bagi membanteras penipuan dalam kalangan pemain semestinya harus diraikan. Semoga penipu-penipu ini insaf.

JomKomen!