Warzone 2.0 akan hadir di PC dan konsol pada 16 November tahun ini. Manakala Warzone Mobile akan hadir pada 2023. Kedua-dua game menggunakan enjin yang sama.
Selain daripada gameplay battle royale, Warzone 2.0 akan menampilkan kandungan seperti operators, senjata dan pelbagai lokasi. Tidak lupa juga membawakan pertempuran sehingga 120 orang pemain di mobile.
Lokasi Warzone 2.0 akan mengambil tempat di padang pasir di wilayah fiksyen Asia Barat iaitu Al Mazrah. Buat kali pertamanya, pemain mobile boleh mulakan pertempuran pada bila-bila masa di mana jua.
Ini kerana dengan menggunakan teknologi sedia ada yang digunakan pada Call of Duty: Modern Warfare II. Call of Duty: Warzone 2.0 dan Call of Duty: Warzone Mobile akan membenarkan pemain untuk berkongsi banyak ciri-ciri sosial dan cross-progression. Perkongsian battle pass yang menghubungkan setiap platform juga dibenarkan.

Untuk memastikan pemain mobile merasai pengalaman bermain yang terbaik, Warzone Mobile akan membawakan event khas untuk mobile, senarai main, dan kandungan serta pengubah suaian kawalan yang mendalam untuk menyokong pemain veteran dan baharu.

Activision juga bekerjasama dengan beberapa buah studio termasuklah Activision Shanghai Studio, Beenox, Digital Legends, dan Solid State Studios.
Pra-daftar sudah dibuka sekarang untuk Call of Duty: Warzone Mobile di Google Play. Ia akan dikeluarkan untuk iOS dan Android pada tahun 2023.
Comments
Loading…