in , , ,

Call of Duty: Warzone Kini Mempunyai Lebih 50 Juta Pemain, Bawa Semula Trio

Apabila Call of Duty: Warzone dilancarkan, ia umpama pucuk dicita ulam mendatang. Francais CoD yang sedia ada sudah memiliki kumpulan peminat yang begitu besar, dilancarkan pula sebuah game yang percuma (free-to-play) semestinya ia menarik jumlah pemain pemain yang begitu ramai.

Terkini, Activision telah mendedahkan bahawa game battle royale itu sudahpun mengumpulkan lebih daripada 50 juta pemain. Dalam tweet yang dikeluarkan, mereka mengucapkan penghargaan kepada semua yang telah bermain game ini.

Walau bagaimanapun, rekod mencapai 50 juta pemain untuk game battle royale masih lagi dipegang oleh Apex Legends, yang mana game keluaran Respawn Entertainment itu berjaya melakukannya dalam masa hanya sebulan. Manakala Fortnite pula mengambil masa 16 minggu untuk angka yang sama.

Di samping, Call of Duty: Warzone telah mengembalikan semula playlist Trio untuk mode Battle Royale. Trio sebelum ini telah digantikan dengan Quad, dan disebabkan ramai yang merungut apabila Trio ini hilang, Activision telah mengembalikannnya semula. Kini pemain boleh memilih untuk bermain Solo, Trio atau Quad.

Call of Duty: Warzone boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Animal Crossing: New Horizons Telah Diharamkan Di China Kerana Adanya Protes Hong Kong

Animal Crossing: New Horizons Telah Diharamkan Di China Kerana Adanya Protes Hong Kong

Overcooked 2: Gourmet Edition Diumumkan, Tampilkan Semua DLC Berbayar Dalam Satu Pakej

Overcooked 2: Gourmet Edition Diumumkan, Tampilkan Semua DLC Berbayar Dalam Satu Pakej