in , , , ,

Call of Duty: Vanguard Memperlihat Trailer Penuh Era Perang Dunia Kedua, Tarikh Pelancaran Diumumkan

Setelah mengeluarkan teaser trailer pertama, Activision telah memperlihatkan pula trailer penuh untuk Call of Duty: Vanguard.

Seperti yang sudah kita ketahui, Call of Duty: Vanguard akan membawa francais ini kembali ke Perang Dunia Kedua. Untuk tahun ini, para pemain akan dibawa untuk mendalami beberapa karakter yang akan berperang di beberapa barisan hadapan berbeza semasa perang besar itu seperti Afrika Utara, Eropah Timur, Eropah Barat dan Kepulauan Pasifik.

Dalam trailer ini juga, kita telah disahkan bahawa Call of Duty: Vanguard akan dibangunkan oleh studio Sledgehammer Games.

Selain mode Story Campaign, Multiplayer dan Zombies, Activision turut mengumumkan bahawa Call of Duty: Vanguard akan mempunyai integrasi ke dalam Call of Duty: Warzone selepas pelancaran.

Lebih menarik, mereka turut mendedahkan Vanguard akan menampilkan 20 buah map semasa pelancaran — bilangan yang paling tinggi sejak Modern Warfare 2 yang dilancarkan pada 2009. 16 map adalah map dari mode asas Multiplayer, manakala 4 map lagi ditampilkan dalam mode Champion Hill.

Sebagai perbandingan, Black Ops Cold War yang dilancarkan pada tahun lalu hanya membawakan 8 map sahaja.

Call of Duty: Vanguard akan dilancarkan pada 5 November 2021 untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series.

Untuk butiran lanjut atau ingin melakukan pra-tempah, boleh layari laman web rasmi Call of Duty: Vanguard.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ubisoft Singapore Dilaporkan Disiasat Pihak Berkuasa Singapura Atas Dakwaan Gangguan Seksual

Ghost of Tsushima: Director’s Cut: Boleh Beli or Boleh Blah!?