in

Call of Duty Tahun Ini Akan Digelar Black Ops Cold War, Menurut Beberapa Sumber Kuat

Teka-teki judul Call of Duty untuk tahun ini nampaknya mungkin sudah terjawab — iaitu Call of Duty: Black Ops Cold War.

Beberapa info tentang game shooter akan datang ini telah tertiris, antaranya artwork yang didedahkan oleh Okami di Twitter. Judul ini turut disahkan oleh Eurogamer, yang mana ia datang dari sumber boleh dipercayai menurut mereka.

https://twitter.com/Okami13_/status/1262774644903424000?s=20

Call of Duty: Warzone juga telah mengacah dengan pengenalan bunker yang berkunci. Ada pemain yang sudah berjaya memasuki bunker tersebut dan menemui peledak nuklear dan sebuah kapal terbang era Perang Dingin.

Bunker doors that are outside now open with a keycard from CODWarzone

Seperti yang tertera dalam judulnya ini, Call of Duty tahun ini akan menggunakan latar belakang Perang Dingin yang menegang antara sekutu-sekutu Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Walau bagaimanapun, kita belum tahu apakah konflik utama yang akan dibawakan ke dalam game ini nanti kerana Perang Dingin berlaku dalam jangka waktu yang panjang, dan terlalu banyak konflik yang meletus seperti Perang Korea dan Perang Vietnam.

Perang Dingin bermula apabila berakhirnya Perang Dunia Kedua, dan berakhir apabila runtuhnya Kesatuan Soviet, kira-kira tempoh antara tahun 1947 hingga 1991.

Penggunaan latar belakang ini sekaligus mengembalikan Black Ops yang dibangunkan Treyarch kepada akarnya yang mana sub-siri tersebut pertama kali diperkenalkan dengan menggunakan latar belakang tahun 1960-an.

Sama-sama kita nantikan bilakah Activision akan mengumumkan secara rasmi game ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
GWENT: The Witcher Card Game Akan Dilancarkan Ke Android Pada Bulan Hadapan

GWENT: The Witcher Card Game Kini Dilancarkan Ke Steam – Sertai GOG, iOS, Android

The Last of Us 2 Disahkan Tiada Multiplayer, Tapi Naughty Dog Ada Perancangan Lebih Besar

The Last of Us 2: Kawasan Eksplorasi Lebih Luas Untuk Diterokai, Kombat Lebih Mendalam