in

Call of Duty Tahun Ini Akan Berlatarbelakang Pertarungan Angkasa?

Dengan latar belakang sebelum ini yang semakin bersifat futuristik, tidak terkejut jika siri tahun ini akan bertempur di angkasa pula. 

046f3c4c3ca8bed19ba57982ee665b5f

Developer untuk Call of Duty tahun ini, Infinity Ward, yang menghasilkan COD: Ghosts dan siri Modern Warfare, nampaknya bakal meletakkan game ini ke satu tahap futuristik yang amat tinggi – lebih tinggi dari apa yang ditampilkan dalam Advanced Warfare dan siri Black Ops sebelum ini.

Maklumat ini pertama kali disebut oleh Shinobi602, seorang yang sentiasa memberikan maklumat tertiris yang sahih. Beliau memberikan maklumat ini ketika membalas seseorang yang bertanya mengenai hal ini di NeoGAF.

Laporan ini juga disahkan oleh Eurogamer, di mana mereka mengatakan ia akan bertempat di angkasa dan bertemakan unsur sains fiksyen.

Activision juga sebelum ini telah mengumumkan bahawa gameplay untuk Call of Duty tahun ini akan diperlihatkan di E3 tahun ini, namun, masih lagi belum berkata apa-apa mengenai tarikh ia akan dikeluarkan.

JomBaca: Presiden Sony dan CEO Square Enix Berentap dalam Call of Duty : Black Ops 3!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Division: 18 Easter Egg Untuk Agents Yang Dah Bosan Grinding!

PES SEA Champions League Final: 4 Wakil Malaysia Ke Vietnam Telah Diumumkan!