in

Call Of Duty: Roman Wars: Ingin Kembali Ke Peperangan Kuno, Tapi Tak Kesampaian!

Call of Duty: Roman Wars sememangnya mempunyai persekitaran yang berbeza dari siri Call of Duty yang lain.

Mengikut plot video Commentarii de Bello Gallico, menunjukkan Julius Caesar dalam peristiwa Gallic Wars. Gameplay eksperimental itu meletakkan pemain mengawal seorang askar dalam empayar Legion ke-10.

Setakat ini, hanya segelintir orang telah melihat sedikit rakaman persembahan game tersebut. Tetapi GamesRadar telah mendedahkan maklumat lebih lanjut dan video Call of Duty yang tidak pernah dikeluarkan itu.

Sekitar tahun 2008, Activision secara aktif ingin memulakan edisi baru untuk Call of Duty. Salah satu darinya ialah Roman Wars, game yang berlatarbelakangkan zaman kuno Rom di mana anda bermain sebagai askar Legion ke-10 bernama Julius Caesar yang memaparkan ciri-ciri gameplay seperti pertempuran pedang dalam first-person dan petempuran tentera bergajah.

Activision menyukai idea tersebut tetapi apabila demo itu sampai ke meja CEO Bobby Kotick, perasaan bercampur antara kedegilan studio dan kebimbangan yang akan menjejaskan jenama COD serta keengganan nama Call of Duty digunakan dalam projek itu telah menyebabkan game itu hilang dari ingatan.

rome-5

Salah seorang yang terlibat dalam pembinaan game itu, Polemus (bukan nama sebenar) menjelaskan prototaip itu dibina oleh Vicarious Visions, studio yang telah dibeli oleh Activision pada tahun 2005.

Walaupun logo Call of Duty boleh dilihat dalam video itu. Gameplay kemudian dibina semula di bawah syarikat Ubisoft dan diberi nama Roman Wars sahaja, beberapa tahun selepas anggota utama yang terlibat dalam pembinaan game itu meninggalkan Activision. Versi “jenama diubah suai” ini nampaknya tidak dijelaskan dengan baik. “Banyak perkara yang berlaku pada masa itu dengan Guitar Hero dan projek-projek lain. Ianya berlaku pada waktu tidak menentu.”

Pada masa itu, mereka sedang menyiapkan game Marvel Ultimate Alliance 2. Polemus berkata mereka diminta oleh Activision untuk membina satu prototaip game baru Call of Duty, jadi mereka menubuhkan satu kumpulan development baru digelar sebagai Fireteam.

call-of-duty-roman-wars-screenshot_970.0

Mereka menggunakan Battle of Alesia sebagai satu mission di dalam prototaip itu. Terdapat gameplay seperti menunggang kuda dan gajah. Polemus berkata prototaip itu dibina menggunakan Unreal Engine.

Kamera first-person ditunjukkan dalam video itu di bahagian ‘Spartacus mission’ di mana pahlawan bertarung di Coliseum. Polemus menjelaskan kamera third-person juga digunakan untuk memberikan rasa seperti game Gears of War. Jadi game itu ada dua perspektif kamera ditunjukkan.

Polemus menerangkan gameplay combat menekankan elemen serangan melee seperti penggunaan pedang dan perisai. Terdapat senjata lain juga seperti tombak, panah dan kapak. Malah pemain juga dibenarkan membaling pasir untuk membutakan pandangan pihak musuh.

COD_romanwars_02

Demo dimulakan di bahagian menunggang kuda dan ucapan dari Julius Caesar dengan pemain mengawal karakter Titus Pullo. Objektif di dalam misi itu ialah menghapuskan tentera pemanah. Polemus berkata ada tiga cara untuk memenangi misi ini. Sama ada pemain melepaskan catapults untuk menghapuskan tentera pemanah, pemain boleh memanjat menara pengepungan atau pemain boleh menunggang gajah perang yang mana gajah digunakan seperti “kereta kebal”.

Di bahagian kedua demo itu lebih banyak melibatkan petempuran Gladiator yang bertempat di Coliseum dan ditunjukkan dalam first-person view. Pelan penuh game itu melibatkan banyak variasi perspektif dan karakter di mana anda boleh bermain sebagai ketua centurion, askar biasa sehinggalah ke Julius Caesar sendiri.

call-duty-roman-wars_4

Plot game itu mengikut Commentarii de Bello Gallico atau dikenali sebagai Commentaries Around Gallic Wars di mana Julius Caesar dan Titus Pullo antara tokoh sejarah yang terlibat dalam pertempuran Gallic.

Pemain berlawan menentang suku-suku Germanic untuk mengekalkan sejarah Julius di dalam pertempuran itu. Polemus berkata pemain boleh bermain sebagai pegawai tentera, askar bawahan dan dapat mencuba pelbagai variasi petempuran kecil.

Malangnya, disebabkan oleh Call of Duty: Advanced Warfare, Activision menyuruh kumpulan Fireteam meninggalkan Roman Wars untuk memberikan idea yang lebih baru. Ahli pasukan Fireteam hanya berminat untuk meneruskan projek itu jika tajuk tersebut berada dalam universe Call of Duty. Yang mana menyebabkan progress prototaip itu tidak bergerak. Sebaliknya, peminat mendapat Call of Duty: Advanced Warfare dan bukannya Roman Wars.

roman_legion

Terkini, jurucakap Activision mengeluarkan kenyataan kepada GameSpot tentang apa yang dikatakan sebagai game Call of Duty yang “hilang”.

“Konsep game itu telah dicadangkan oleh bekas pekerja ketika masih bertugas di studio. Tetapi tidak dianggap serius dan tidak diminta untuk berpindah ke prototaip.” Menurut Activision, Call of Duty: Roman Wars tidak begitu hampir untuk menjadi game yang mereka harapkan.

Dengan ketibaan Call of Duty: Infinite Warfare, kami tertanya-tanya jika Activision akan menguji lebih banyak idea-idea eksperimental untuk menandingi pesaingnya seperti Battlefield 1 dari DICE dan Titanfall 2 dari Respawn. Namun, selepas kenyataan itu dikeluarkan, peluang kita untuk melihat Call of Duty: Roman Wars mungkin tidak cerah.

Sumber: Geek, Gamesradar dan Gamespot

What do you think?

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Valencia CF Umumkan Team Rocket League Mereka!

Yahoo News Kantoi Guna Screenshot Destiny Untuk Laporkan Berita Tentang Saturn