in , , , , ,

Call of Duty: Modern Warfare, Warzone, Dan Mobile Turut Tangguhkan Season Baru Kerana Protes

Esok sepatutnya menjadi permulaan kepada Season baharu dalam kesemua game Call of Duty masakini. Nampaknya, esok bukan harinya.

Activition telah mengumumkan bahawa mereka telah menangguhkan Call of Duty: Modern Warfare Season 4 (termasuk Warzone) dan Call of Duty: Mobile Season 7 kerana protes ‘Black Lives Matter’ yang sedang memanas di Amerika Syarikat.

Kemaskini ini sepatutnya dilancarkan pada 3 Jun ini. Mereka tidak mendedahkan bilakah tarikh baharu untuk pelancaran Season baharu ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Activision berkata:

“Dalam masa kita semua tidak sabar untuk bermain musim-musim baharu untuk Modern Warfare, Warzone dan Mobile, sekarang bukanlah masanya. Sekarang adalah waktunya untuk mereka yang menyuarakan tentang kesamarataan, keadilan dan perubahan untuk diperlihat dan didengarkan. Kami berdiri bersama kalian.”

https://twitter.com/CallofDuty/status/1267626497902174208?s=20

Activision merupakan salah satu syarikat gaming yang menangguhkan acara mereka yang sudah dijadualkan sebelum ini bagi menyahut seruan protes ‘Black Lives Matter. Sony juga telah menunda acara pendedahan PS5 mereka.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Rasmi: Acara Pertama PS5 Akan Diadakan Minggu Depan, Berlangsung Selama Lebih 1 Jam

Sony Tangguhkan Acara Pendedahan PS5 Untuk Beri Ruang Kepada Protes Di Amerika Syarikat

Future Games Show Akan Berlangsung Hujung Minggu Ini, 30 Game Termasuk Dari Square Enix, Hi-Rez, Team17

Future Games Show Turut Ditunda Ke Minggu Depan, 30 Game Dari Square Enix, Hi-Rez, Team17 [KEMASKINI]