Melalui reboot yang dikeluarkan, Call of Duty: Modern Warfare menjadi antara game paling dinantikan pada tahun ini.

Terbaru, Activision telah berkongsi pelbagai info baru tentang game shooter akan datang ini. Pertama sekali, mereka telah mengeluarkan sebuah trailer terbaru untuk Multiplayer — menggabungkan babak sinematik dan gameplay yang semestinya memaparkan grafik kelihatan lebih mantap.

Membuatkan kita semua tertarik dengan trailer ini ialah penggunaan lagu Metallica, Enter Sandman. Jom layan:

Nak tengok gameplay Multiplayer penuh? Korang boleh saksikan dalam siaran ulangan livestream di bawah:

Dalam acara ini, info paling menarik yang didedahkan ialah tentang mode Multiplayer yang ada. Mereka telah mengumumkan satu mode serba baru digelar Ground War, yang mana akan mengumpulkan lebih daripada 100 pemain. Selain itu, ada juga mode 2v2, 6v6, 10v10 dan 20v20.

Activision turut telah mengumumkan tarikh sesi beta yang bakal dijalankan untuk game ini. Dua minggu berbeza untuk sesi beta diumumkan akan berlangsung, yang mana minggu pertama hanyalah eksklusif untuk para pemain PS4. Berikut ialah jadualnya:

PS4

  • 12 hingga 13 September (Pemain yang pre-order)
  • 14 hingga 16 September (Open Beta)

PS4, Xbox One, PC

  • 19 hingga 20 September (Pemain yang pre-order)
  • 21 hingga 23 September (Open Beta)

Bercakap tentang platform, Activision juga telah mengesahkan bahawa Call of Duty: Modern Warfare akan menyokong fungsi cross-play antara platform. Dalam erti kata lain, pemain dari PS4, Xbox One dan PC boleh bermain/menentang pemain dari mana-mana ketiga-tiga platform ini.

Call of Duty: Modern Warfare akan dilancarkan sepenuhnya pada 25 Oktober 2019.

Sumber: Gematsu

JomKomen!