in , , , ,

Call of Duty: Modern Warfare II Memperkenalkan Map Baharu Trek F1, Marina Bay Di Singapura

Activision telah mendedahkan banyak butiran baharu untuk Call of Duty: Modern Warfare II yang akan dilancarkan pada Oktober kelak.

Pertama sekali, Activision telah mengumumkan sebuah acara khas yang akan mereka langsungkan pada 16 September yang digelar Call of Duty: Next. Dipersembahkan oleh Inifinity Ward, acara tersebut akan memperlihatkan masa depan Call of Duty termasuklah lebih banyak butiran mengenai Modern Warfare II, Call of Duty: Warzone, serta versi mobile Warzone (Project Aurora).

Kedua, mereka telah mengumumkan tarikh dan jadual untuk sesi beta multiplayer Modern Warfare II:

  • 16-17 September: Akses awal (pra-tempah) untuk PlayStation
  • 18-20 September: Beta terbuka untuk semua pemain PlayStation
  • 22-23 September: Akses awal (pra-tempah) untuk PC, Xbox; beta terbuka untuk PlayStation
  • 24-26 September: Beta terbuka untuk semua pemain PlayStation, Xbox, PC

Ketiga, Activision turut mengumumkan sebuah map baharu yang turut boleh dimainkan dalam sesi beta kelak. Menariknya, map baharu ini merupakan trek perlumbaan F1 di Marina Bay, Singapura. Bermakna, kita akan dapat tembak-menembak di atas circuit F1.

Call of Duty: Modern Warfare II akan dilancarkan untuk PC, PS5, PS4, Xbox Series dan Xbox One pada 28 Oktober 2022.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Assassin’s Creed Valhalla Mungkin Akan Bawakan Kostum Macam Iron Man, Thanos

Game Buatan Malaysia, GigaBash Boleh Dimainkan Dalam Bahasa Melayu, Indonesia