Berita gembira dari game shooter akan datang daripada Activision nampaknya tidak putus-putus.

Terbaru, terdapat satu laporan yang mengatakan Call of Duty: Modern Warfare akan mempunyai mode battle royale, namun, apa yang akan ditampilkan, sekiranya benar, pasti akan menggembirakan ramai pemain.

Mode battle royale dalam Call of Duty: Modern Warfare nanti dikatakan merupakan sebuah game yang berasingan, dan apa yang paling menarik ialah ianya percuma (free-to-play). Dalam kata lain, pemain tidak perlu membeli Call of Duty: Modern Warfare untuk bermain game battle royale ini.

Walaupun sebuah game yang berbeza, ia dijangka merupakan game yang menggunakan latar belakang Call of Duty: Modern Warfare, dan akan dikeluarkan pada awal tahun 2020 — bukan dilancarkan serentak dengan Call of Duty: Modern Warfare pada Oktober nanti.

Laporan ini hadir dari LongSensation, satu akaun Twitter yang banyak mengeluarkan laporan-laporan sahih (sebelum diumumkan secara rasmi) tentang siri Call of Duty. Korang boleh baca tweetnya di bawah:

Call of Duty: Modern Warfare akan dilancarkan untuk PC, PS4 dan Xbox One pada 25 Oktober 2019.

JomKomen!