Beberapa hari lalu, kita ada mendengar tentang khabar angin bahawa game Call of Duty seterusnya ialah Modern Warfare 4.

Mendengarkan ura-ura ini, pastinya kita sudah tidak sabar untuk memainkan satu story baru yang menyambung kisah dalam dunia Modern Warfare. Walau bagaimanapun, ada satu lagi khabar angin baru yang mungkin membuatkan kita sedikit gusar.

Youtuber Chaos telah berkongsikan beberapa info yang kononnya info tentang game CoD seterusnya. Info tersebut menyatakan yang tiada story baru akan dibangunkan dalam MW4, tetapi sebaliknya akan membawakan versi remaster story dari MW2. Malah, mereka menyatakan yang story dari MW3 juga akan dimasukkan ke dalam MW4 pada tarikh kemudian.

Ia juga dikatakan yang story dari MW2 itu tidak akan memasukkan babak misi No Russian, iaitu antara misi paling kontroversi dalam sejarah francais ini. Misi tersebut meletakkan pemain sebagai pengganas “double agent” yang membunuh ramai orang awam di lapangan terbang.

Selain info tentang story, info tersebut juga mendedahkan yang game itu nanti akan terbahagi kepada 4 mode iaitu Campaign, Multiplayer, Zombies dan Battle Royale.

Map battle royale dalam MW4 nanti dikatakan bakal mempunyai saiz yang sama dengan Blackout dari Black Ops 4, dan 45 peratus daripada map tersebut akan dipenuhi dengan salji — lengkap dengan kenderaan snowmobile untuk dijadikan sebagai pengangkutan.

Jadi, apa pandangan korang tentang info “tertiris” ini? Teruja?

JomKomen!