in , , ,

Call of Duty: Modern Warfare 2 Remastered Kini Dilancarkan, Eksklusif 30 Hari Di PS4 Sebelum Ke Platform Lain

Tanpa sebarang pemberitahuan awal, Activision terus melancarkan Call of Duty: Modern Warfare 2 Remastered. Ia kini boleh dimainkan di PS4 secara eksklusif selama 30 hari.

Pada 30 April nanti, ia akan dilancarkan ke PC dan Xbox One.

Call of Duty: Modern Warfare 2 Remastered hanya menampilkan story campaign, atau dalam kata lain, tiada mode multiplayer dalam game ini. Game yang pertama kali dikeluarkan pada tahun 2009 itu telah di-remaster keseluruhannya, termasuklah misi yang cukup kontroversi, ‘No Russian’.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Acitivision berkata keputusan mereka untuk tidak membawakan multiplayer dalam versi remastered kali ini adalah disebabkan mereka mahu para pemain berkumpul dalam multiplayer Call of Duty: Modern Warfare, yang turut mempunyai Warzone, mode battle royale paling hangat ketika ini.

Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered kini boleh dibeli di PlayStation Store dengan harga RM117.

Di bawah ialah trailer pelancaran untuk story campaign ini:

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Penghantaran Global Unit Fizikal Final Fantasy VII Remake Dibuat Lebih Awal Kerana Wabak COVID-19

Muzik Dan Karakter The Witcher Dihidupkan Para Pemain Dalam Animal Crossing: New Horizons

Muzik Dan Karakter The Witcher Dihidupkan Para Pemain Dalam Animal Crossing: New Horizons