Satu lagi remastered untuk tahun ini?
Call of Duty: Modern Warfare 2 Remastered telah kelihatan disenaraikan di laman web Amazon, yang mana ia diletakkan dengan tarikh pelancaran pada 30 April ini, lapor IGN.
Laman tersebut menyeraikan game yang akan dilancarkan untuk PS4 dan Xbox One ini dengan harga USD25 atau kira-kira RM98.
Perletakan tarikh pelancaran ini mungkin hanyalah satu placeholder sahaja. Walau bagaimanapun, sekiranya laporan ini adalah benar, bermakna ia akan dilancarkan pada satu waktu yang bukan kebiasaan untuk siri Call of Duty, iaitu pada pertengahan tahun. Dan sekiranya ia benar juga, ia mungkin akan menjadi sebuah standalone – sesuatu yang mengejutkan yang mana ramai menjangkakan ia akan di-bundle-kan sekali dengan Call of Duty: Black Ops 4 yang akan keluar pada Oktober ini.
Adakah versi remastered ini akan keluar sebagai standalone atau dikeluarkan bersama dengan CoD pada tahun ini, seperti yang mereka lakukan antara Inifinite Warfare dengan Modern Warfare yang pertama?
Sama-sama kita tunggu kata rasmi daripada Activision.
Comments
Loading…