in , , , ,

Call of Duty Modern Warfare 2 Remastered Dikhabarkan Tidak Akan Mempunyai Multiplayer

Call of Duty tanpa mode multiplayer?

Minggu lalu, kami ada melaporkan tentang khabar angin yang mengatakan Call of Duty Modern Warfare 2 Remastered akan dikeluarkan tidak lama lagi. Laporan tersebut menyatakan lagi yang ia mungkin akan dikeluarkan pada 30 April ini untuk PS4 dan Xbox One.

Terbaru, terdapat pula laporan lain yang mengatakan versi remastered ini tidak akan menampilkan mode multiplayer, sebaliknya akan me-remaster story campaign-nya sahaja.

Ia sesuatu yang agak berbeza berbanding Call of Duty Modern Warfare Remastered, yang dikeluarkan bersama Infinite Warfare pada 2 tahun lalu turut membawakan mode multiplayer.

Namun, apa yang menarik, memandangkan ketiadaan mode multiplayer itu, harga untuk versi remastered ini akan lebih murah, iaitu USD25 (RM98), lapor Gamespot.

Salah satu sebab yang mungkin membuatkan Activision tidak mahu menampilkan mode multiplayer dalam versi remastered ini adalah disebabkan tidak mahu membahagikan para pemain kepada lebih banyak game, yang mana sekarang ini sudahpun banyak siri Call of Duty yang aktif menjalankan multiplayer.

Apa komen korang? Adakah membawakan versi remastered dengan harga yang lebih murah adalah satu tindakan yang bijak?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

EA Sedang Mengambil Pekerja Untuk ‘Projek Terbaru Game Open-World Star Wars’

EA Akhirnya Menyerah Kalah, Star Wars Battlefront 2 Kini Bersih Dari Segala Unsur Pay-To-Win