in , , ,

Call of Duty: Modern Warfare 2 Dilaporkan Akan Ada Mode Percuma Macam Escape from Tarkov

Call of Duty: Modern Warfare 2 dilaporkan akan membawakan tiga mode utama yang berbeza — iaitu single-player story, multiplayer dan sebuah mode co-op serba baharu.

Mode co-op itu dikatakan sebuah mode baharu yang diinspirasikan daripada game survival popular Escape from Tarkov.

Menggunakan nama kod ‘Project Nexus’, mode baharu ini dikhabarkan akan dilancarkan sebagai sebuah game percuma (free-to-play) secara berasingan (standalone), sama seperti game battle royale mereka iaitu Call of Duty: Warzone.

Laporan ini hadir daripada What If Gaming, yang turut mengatakan mode yang sedang dibangunkan oleh studio Infinity Ward itu sudah berada dalam pembikinan selama empat tahun.

Project Nexus dilaporkan tidak akan dilancarkan serentak dengan game utama Modern Warfare 2 itu sendiri (28 Oktober 2022), tetapi dijadualkan akan dilancarkan pada suku pertama 2023.

Laporan ini turut mengatakan yang butiran mengenai mode baharu ini akan didedahkan Activision sekitar Ogos kelak.

Apa-apa pun, macam biasa, anggap saja berita ini sebagai satu khabar angin selagi ia belum disahkan secara rasmi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Overwatch 2 Akan Terus Menggantikan Game Pertama Apabila Dilancarkan Kelak

Hideo Kojima Kata Tak Jadi Buat Satu Game Ini Kerana Banyak Persamaan Dengan Siri TV The Boys