Siapa yang tidak suka dengan game-game yang terbaik di zamannya, di-remastered ke konsol generasi masakini, ya tak?

Badan yang memberikan rating game untuk pasaran Eropah, PEGI telah memuatnaik rating untuk Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered untuk PS4. Rasanya tidak perlu penjelasan tentang game ini, kerana judulnya sudah cukup jelas.

Membuatkan berita ini bertambah menarik, laman tersebut telahpun dipadamkan, menandakan yang kemungkinan PEGI termuatnaik terlalu awal, dan Activision tidak mahu mengumumkan sekarang.

Berita ini juga pastinya telah menguatkan khabar angin sebelum ini yang melaporkan tentang Modern Warfare 4 yang akan dilancarkan pada tahun ini akan menggunakan campaign dari Modern Warfare 2, yang semestinya akan di-remastered.

Kita nantikan saja pengumuman rasmi daripada Activision.

Nampaknya Activision bakal meneruskan langkah remastered mereka untuk siri Modern Warfare. Sebelum ini Modern Warfare yang pertama telah di-remastered dan dimasukkan sekali dalam pembelian Infinite Warfare, kemudian ia mula dijual secara berasingan, dan seterusnya kini sedang diletakkan sebagai antara game percuma dalam langganan PlayStation Plus.

JomKomen!