Keinginan para pemain setia Call of Duty untuk bermain game kesayangan ini di mobile sudah lama dinantikan. Dan kini, penantian itu bakal berakhir tidak lama lagi.

Pada waktu ini, Call of Duty: Mobile hanya boleh dimainkan di China. Activision baru sahaja mengumumkan bahawa game tersebut bakal dilancarkan ke seluruh dunia pada tahun ini di iOS dan Android, dan sesi percubaan beta akan diadakan pada pertengahan tahun ini.

Game yang dibangunkan oleh Tencent itu merupakan sebuah game percuma (free-to-play) yang hanya membawakan mode Multiplayer, dan tiada single-player. Call of Duty: Mobile menampilkan senjata, gajet, map dan karakter yang popular dari siri Modern Warfare and Black Ops.

Dalam trailer yang dikeluarkan, Activision turut mengacah tentang pelbagai kandungan yang bakal dilancarkan kemudian, antaranya kehadiran mode zombi dan battle royale.

Buat masa ini, game ini masih lagi dalam sesi alpha di beberapa negara. Sayang sekali, Malaysia tidak termasuk dalam sesi alpha ini. Jadi, kita tunggu sajalah pengumuman seterusnya, bilakah game ini akan dilancarkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.