in , , ,

Call of Duty: Black Ops Cold War Telah Tertiris, Mungkin Keluar Pada Oktober 2020

Beberapa butiran tentang Call of Duty: Black Ops Cold War telah tertiris daripada satu kempen iklan yang berlainan daripada biasa.

Butiran ini tertiris daripada iklan jenama kerepek kentang terkemuka, Doritos, yang nampaknya telah mengesahkan judul Call of Duty pada tahun ini, serta kemungkinan tarikh pelancarannya.

ModernWarzone.com telah menerima satu promosi daripada Doritos yang mempunyai kod untuk mendapatkan promosi Double XP dalam Call of Duty: Black Ops Cold War. Melalui iklan ini, kita dapat melihat logo rasmi game tersebut serta tempoh waktu promosi itu dijalankan.

Promosi tersebut bermula pada 5 Oktober 2020. Apakah ini merupakan tarikh pelancaran untuk game ini? Ia tidak dapat dipastikan.

Call of Duty: Black Ops Cold War sememangnya sudah menjadi rahsia terbuka yang sudah diketahui ramai. Sebelum ini, JomGaming ada melaporkan yang judul Call of Duty: Black Ops Cold War pada tahun ini sudahpun disahkan oleh beberapa sumber dalaman yang kuat.

Sama-sama kita nantikan sebarang pengumuman rasmi daripada Activision. Pastinya mereka mahu mengumumkannya dengan segera setelah banyak butiran yang sudah tertiris seperti ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Hideo Kojima Berikan Komen Tentang Genre Battle Royale: "Cara Paling Senang Buat Duit"

Hideo Kojima Ada Berhubung Dengan Artis Manga Terkenal Untuk Bikin Game Seram

Horizon Chase Turbo: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Horizon Chase Turbo: Boleh Beli or Boleh Blah!?