in , , ,

Call of Duty: Black Ops Cold War Memerlukan Storan Sehingga 250GB

Dah cukup letih melayan storan untuk Call of Duty: Modern Warfare yang terlalu besar? Simpan keletihan korang itu kerana game COD seterusnya juga memeningkan kepala.

Call of Duty: Black Ops Cold War nampaknya akan memerlukan storan yang cukup besar, hampir sama seperti apa yang diperlukan untuk COD yang lalu. Activision dan Treyarch telah mengeluarkan spesifikasi minima dan yang direkomenkan untuk Black Ops Cold War di PC– dan bersedialah korang kerana ia mereka mengatakan game ini memerlukan storan antara 50GB hingga 250GB.

Saiz antara 50GB dengan 250GB ini berbeza mengikut prestasi dan resolusi yang ingin pemain gunakan di PC, yang mana korang boleh lihat jadual perbandingan di bawah. Secara ringkasnya, kalau korang hanya ingin bermain mode multiplayer, hanya 50GB diperlukan, manakala 175GB diperlukan untuk korang mengakses semua mode yang ada. Akhir sekali, 250GB diperlukan sekiranya korang ingin bermain dalam resolusi 4K dengan kehadiran ray-tracing.

Dan seperti kebanyakan game lain, saiz storan yang diperlukan ini tidak akan jauh berbeza dengan apa yang diperlukan di konsol. Lebih memeritkan apabila konsol tidak mempunyai keupayaan untuk meng-uninstall mode-mode yang tidak mahu dimainkan seperti yang boleh dilakukan di PC.

Call Of Duty: Black Ops Cold War akan dilancarkan ke PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series pada 13 November ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ubisoft Mula Mengacah Far Cry 6, Dibintangi Giancarlo Esposito

Ubisoft Tunda Pelancaran Far Cry 6 Dan Rainbow Six Quarantine Ke Tarikh Yang Belum Diumumkan

Sony Arahkan Syarikat Jual Plat Sisi PS5 Batalkan Tempahan Atau Tindakan Undang-Undang Diambil