Setelah banyak laporan dan info tertiris mengenainya, Call of Duty: Black Ops Cold War akhirnya telah diumumkan secara rasmi oleh Activision.
Game seterusnya daripada francais shooter ini diumumkan melalui satu trailer unlisted yang dimuat-naik di Youtube channel rasmi Call of Duty. Berjudul ‘Know Your History’, video berdurasi dua minit yang memaparkan rakaman dunia sebenar ini menceritakan serba sedikit sejarah gelap yang terjadi semasa Perang Dingin (1947-1991) antara Amerika Syarikat dengan Kesatuan Soviet.
Kemudian, di akhir video, ia memaparkan logo rasmi Call of Duty: Black Ops Cold War yang mana turut menyatakan pendedahan penuh tentang game ini akan diadakan pada 26 Ogos ini.
Buat masa ini, tiada sebarang butiran lanjut didedahkan secara rasmi lagi, maka sama-samalah kita nantikan apakah yang akan mereka umumkan pada minggu hadapan.
[KEMASKINI]: Trailer Call of Duty Diharamkan Di China Kerana Ada Rakaman Peristiwa Tiananmen Square, Digantikan Di Seluruh Dunia
Comments
Loading…