in , , , , ,

Call Of Duty: Black Ops 4 Telah Diumumkan Secara Rasmi

Selepas lebih daripada seminggu berita khabar angin telah tersebar dari pelbagai sumber, akhirnya, Activision pada hari ini telah mengumumkan Call of Duty: Black Ops 4 akan hadir pada bulan Oktober tahun ini.

Penerbit Activision tidak mendedahkan banyak informasi, menambah bahawa pembangun Treyarch akan berkongsi lebih banyak maklumat pada 17 Mei, dengan tarikh keluarannya akan dikeluarkan pada 12 Oktober untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Ini akan menjadi kali pertama buat siri Call of Duty dikeluarkan pada bulan Oktober yang mana sebelum ini sering dilancarkan pada bulan November.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PUBG: Map Baru, Mode Custom Game Dan Banyak Lagi Akan Hadir Pada Tahun Ini

Metal Gear Survive: Boleh Beli or Boleh Blah!?