in , , , ,

Call of Duty: Black Ops 4 Juga Mempunyai Saiz Fail Yang Melebihi 100 GB

Minggu lalu, kita telah dikejutkan dengan saiz ruang yang diperlukan untuk install Red Dead Redemption 2, iaitu sekurang-kurangnya sebesar 105GB.

Kalau itu masih belum cukup untuk merisaukan korang, haa ini ada satu lagi berita terbaru. Call of Duty: Black Ops 4 juga disahkan bakal memerlukan saiz ruang yang melebihi daripada 100GB. Harus diingat ya, 100GB ini ialah saiz minimum ya. Ia boleh bertambah jika ditambah dengan patch, DLC, dan sebagainya.

Dua laporan yang boleh dipercayai telah mengesahkan perkara ini, iaitu datang dari Charlie Intel (via Reddit) dan juga oleh pengguna Twitter Spooky Optic.

Bayangkan korang nak beli kedua-dua game ini, Red Dead Redemption 2 dan Call of Duty: Black Ops 4, kemudian korang hanya mempunyai PS4 bersaiz 500GB. Masak!

Call of Duty: Black Ops 4 akan dilancarkan untuk PC, PS4 dan Xbox One pada 12 Oktober ini, manakala Red Dead Redemption 2 pula akan dilancarkan pada 26 Oktober ini untuk PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Penulis The Witcher Tuntut Royalti USD16 Juta Daripada CD Projekt Red – Kalau Tak, Kena Saman!

Dapatkan Shadow Warrior 2 Percuma Melalui GOG segera!