Bersiap sedia untuk perubahan ketara untuk siri Call of Duty yang terkenal ini.
Berdasarkan laporan oleh Polygon, Call of Duty :Black Ops 4 akan mengabaikan mode single-player campaign tradisional dan memfokuskan mode multiplayer dan Zombies.
Pembangun Black Ops 4, Treyarch dikatakan mempunyai pelan untuk memasukkan mode single-player campaign ini, tetapi terpaksa meninggalkan mode ini apabila mereka tidak mampu untuk menyiapkannya sebelum pelancaran game ini pada bulan Oktober nanti.
Dalam pada itu, Treyarch juga dikhabarkan akan memperkembangkan dan memperbaiki mode multiplayer dan Zombie yang sedia ada ini untuk menggantikan mode single-player campaign itu.
Menurut laporan dari Charlie Intel dan Kotaku pula, kedua-dua laporan itu mempunyai sumber yang mengatakan terdapat mode Battle Royale yang dicipta oleh Raven Software untuk Black Ops 4 ini.
Jika khabar angin ini betul, ini adalah julung-julung kali siri Call of Duty tidak menampilkan mode campaign sejak ia pertama kali diperkenalkan pada tahun 2003.
Apa-apa pun, kita nantikan sahaja pendedahan rasmi oleh Activision pada 17 Mei ini, Call of Duty: Black Ops 4 akan dikeluarkan pada 12 Oktober untuk PC, PS4 dan Xbox One.
Apa pendapat anda tentang khabar angin ini? Adakah khabar angin ini memberikan impak kepada anda, terutama sekali kepada otai siri ini?
Comments
Loading…