in , , , ,

Call of Duty Akan “Kembali Ke Akarnya”, Activision Akhirnya Akui Tema Angkasa Tidak Sesuai

Berita ini pasti akan menggembirakan sebilangan besar peminat francais Call of Duty.

Menurut laporan Eurogamer, semasa laporan kewangan, wakil Activision, Eric Hirshberg mengakui bahawa tema angkasa lepas yang dibawakan ke dalam Call of Duty: Infinite Warfare “tidak menepati kehendak para peminat.”

Beliau telah menyatakan hal ini kepada para pelabur dengan mengatakan bahawa “ia tidak berjaya seperti yang dirancang.” Ini bermakna, game Call of Duty seterusnya yang bakal dibangunkan oleh Sledgehammer Games akan “kembali kepada akarnya,” di mana game ini dijadualkan dilancarkan pada Krismas 2017.

Naib presiden untuk hubungan pelabur Activision, Amrita Ahuja pula menyatakan, “Pada 2017, Activision akan bawa Call of Duty kepada akarnya, dan traditional combat sekali lagi akan diketengahkan.”

Perkara ini semestinya telah dibuktikan dengan laporan jualan Infinite Warfare yang telah menurun hampir 50 peratus berbanding Black Ops 3.

Sebelum ini, banyak khabar angin yang telah bertiup kencang mengatakan bahawa Call of Duty pada tahun ini akan menggunakan latar belakang Perang Vietnam. Judul untuk game tersebut juga dikatakan telah leaked – iaitu Call of Duty: Lethal Combat.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Rainbow Six Siege Starter Edition Diperkenalkan - Lebih Murah, Tetapi Hanya 4 Operator Pada Permulaan

Rainbow Six Siege Starter Edition Diperkenalkan – Lebih Murah, Tetapi Hanya 4 Operator Pada Permulaan

Jualan Resident Evil 7: Biohazard Memuaskan, Filem Terbaru Turut Mendapat Sambutan

Jualan Resident Evil 7: Biohazard Memuaskan, Filem Terbaru Turut Mendapat Sambutan