in ,

Butcher Kini Dilancarkan Di PlayStation Store Asia Tenggara – Game Platformer Ganas Ala Doom

Butcher merupakan sebuah game shooter-platformer-sidescroller 2D dengan grafik ala era 1990-an yang mempunyai tema dan inspirasi daripada game shooter terkenal, Doom dan Quake.

Walaupun mengetengahkan genre platformer 2D, ia menyajikan sebuah gameplay yang cukup pantas, ganas, serta banyak dengan percikan darah merata-rata dalam dunia penuh kegelapan.

https://youtu.be/Pvf_Ujzja1s

Game ini telahpun dilancarkan di PC (2016), PS4, Xbox One dan Switch (2017). Pada 2017, Butcher hanya dilancarkan di PS4 untuk rantau Eropah dan Amerika.

Kini, pada hari ini, melalui kerjasama antara Crunching Koalas dengan SCRYsoft, Butcher telah dilancarkan secara digital ke PlayStation Store Asia Tenggara. Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan, mereka mengatakan masih belum ada perancangan untuk mengeluarkannya dalam bentuk disk fizikal bagi pasaran rantau ini.

Korang boleh dapatkan Butcher secara digital untuk PS4 di PlayStation Store.

Dalam review Boleh Beli or Boleh Blah!?, kami berpendapat, bagi korang yang gemar mencabar diri dengan kesukaran yang tinggi, serta dahagakan darah (dalam game) dalam aksi platformer 2D yang ganas, Butcher ialah game yang BOLEH BELI.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Butcher: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Dua Lipa Akan Dibawa Masuk Dalam FIFA 21 Sebagai Antara Karakter Selebriti Terbaru