in , , , , ,

Burnout Paradise Remastered Akan Hadir Ke Xbox One Dan PS4 Pada Bulan Depan

EA telah mengumumkan bahawa game perlumbaan klasik dari pembangun Criterion, Burnout Paradise akan mendapat versi remaster dan akan hadir ke Xbox One dan PS4 pada 16 Mac ini.

Burnout Paradise Remastered disertakan sekali dengan game asal dan lapan pek add-on yang telah dikeluarkan pada tahun 2009. Ini termasuklah sekali dengan Cops and Robbers, Legendary Cars, Burnout Bikes, Burnout Paradise Toys, Burnout Paradise Party, Boost Specials, Cagney dan juga tambahan expansion Big Surf Island.

https://www.youtube.com/watch?v=O7EtBJ307U4

EA berkata bahawa Burnout Paradise Remastered akan menampilkan pelbagai jenis peningkatan teknikal pada konsol, termasuklah tekstur resolusi tinggi dan pilihan untuk bermain dalam resolusi 4K pada tahap 60FPS di PS4 Pro dan Xbox One X.

Burnout Paradise Remastered akan boleh didapati dalam bentuk fizikal dan digital dengan harga sekitar RM159 apabila ia dilancarkan nanti di konsol pada bulan Mac. Ia juga akan hadir ke PC melalui Origin pada tahun ini nanti.

Tidak seperti Burnout Paradise: Ultimate Box yang mana sekarang boleh dibeli di Steam, versi remaster untuk PC ini akan disertakan dengan expansion Big Surf Island yang mana sebelum hanya boleh didapati untuk konsol sahaja.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai versi remaster ini, boleh layari laman web rasmi Burnout Paradise Remastered.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

“Kami Tidak Tamak” – Komen Ubisoft Tentang Loot Box Dalam Rainbow Six Siege

Map Ketiga Dalam PUBG Akan Hadir Sebelum Bulan Julai Ini