in ,

Bunyi Kipas PS5 Dikatakan Sangat Senyap, Jauh Berbeza Dengan PS4

Seperti ramai sedia maklum, semalam petang telah menyaksikan ramai Youtuber di Jepun memuatnaik video pandang pertama mereka mencuba PS5 setelah dijemput oleh Sony. Antaranya kita dapat melihat gambar sebenar konsol PS5 dan controller DualSense yang diambil bersebelahan gamer.

Selain itu, dua daripada Youtuber tersebut, iaitu Dengeki Online and 4Gamer (via Push Square) telah mengesahkan bahawa bunyi kipas yang dikeluarkan dari dalam konsol PS5 adalah begitu senyap.

Bunyi kipas PS5 yang senyap ini cukup mengagumkan mereka walaupun ketika sesi penggambaran video tersebut, konsol itu sedang memainkan Godfall dan Astro’s Playroom di dalam bilik yang dipancarkan lampu studio yang panas. Malah, Dengeki Online turut menyatakan yang beliau fikir konsol itu belum lagi dihidupkan kerana beliau tidak mendengar sebarang bunyi yang menandakan ia telahpun dihidupkan.

4Gamer pula menyatakan yang beliau ada merasakan bahang yang keluar dari konsol PS5 ketika bermain, tapi cukup kagum yang ia tidak mengeluarkan bunyi yang kuat walaupun berada di dalam persekitaran kira-kira 30 darjah celcius.

Ianya cukup berbeza daripada bunyi kipas yang dikeluarkan oleh PS4 yang sangat bising, terutamanya ketika bermain game-game yang besar. Penulis sendiri pernah beberapa kali menerima notis di PS4 untuk mematikan sementara PS4 untuk ia kembali sejuk ketika bermain The Last of Us Part II. Jangan kata bermain game, menonton Netflix di PS4 juga mengeluarkan bunyi yang kuat.

Walau bagaimanapun, ia mungkin terlalu awal untuk memuji kejuruteraan pembangunan PS5 kerana kalau korang masih ingat, PS4 Pro semasa ia baru sahaja dilancarkan turut tidak mengeluarkan bunyi yang kuat, namun selepas memainkan game-game yang lebih terbaharu, ia mengeluarkan bunyi yang sama kuat sahaja seperti edisi PS4 yang pertama.

Adakah skrip yang sama bakal terjadi kepada PS5? Hanya waktu yang akan menentukan.

PS5 akan dilancarkan pada 12 November ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ini Gambar PS5 Dan DualSense Sebenar Yang Diambil Bersebelahan Gamer

Ini Gambar Sebenar PS5 Dan DualSense Yang Diambil Bersebelahan Gamer

PS5: Butang 'X' Akan Menjadi Butang 'Confirm' Di Seluruh Dunia

PS5: Butang ‘X’ Akan Menjadi Butang ‘Confirm’ Di Seluruh Dunia