in

Bungie Dilaporkan Mahu Hidupkan Kembali Siri Marathon

Menurut Insider Gaming, Bungie mahu mengembalikan siri Marathon dalam bentuk game baharu iaitu 3 orang skuad extraction-based shooter.

Game itu masih di peringkat pra-alpha dan akan diumumkan pada bila-bila masa. Marathon berlatarbelakangkan sebuah planet yang sebelum ini dihuni oleh koloni manusia yang telah musnah.

Kini, manusia yang masih hidup menggunakan cyborg yang dikenali sebagai “Runners” untuk mencari barang-barang berharga.

Gameplay Marathon hampir sama seperti kebanyakkan game extraction-based shooter lain. Di mana ia memfokuskan kepada pilihan misi, beli dan pilih loadout, masuk ke dalam map, cari loot, lengkapkan objektif dan keluar dengan selamat.

Ganjaran bermusim dan sistem progression memainkan peranan besar dalam game Marathon.

Ini akan menjadi game pertama Bungie yang tidak ada kaitan dengan siri Destiny.

Marathon mula dikeluarkan pada tahun 1994, diikuti dengan dua buah sekuel pada tahun 1995 dan 1996. Game asalnya berjaya mencapai jualan sebanyak 200,000 unit pada tahun 2002.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Steam Catat Rekod 30 Juta Pemain Online Serentak, Tertinggi Dalam Sejarah

God of War Ragnarok Akan Menyokong Framerate Sehingga 120 FPS