Siapa sangka kontrak 10 tahun pembikinan francais Destiny akhirnya terurai antara Activision dan Bungie. Kini Bungie dapat menentukan ‘Destiny’ mereka tersendiri.

Perjanjian antara Bungie dan Activision bermula dari 8 tahun yang lepas dengan rancangan untuk mengeluarkan 4 francais Destiny di dalam tempoh 10 tahun. Destiny 1 sepatutnya dikeluarkan pada 2013 — terlanjur lambat sehingga 2014 akibat Activision menukar rancangan dan jalan cerita Destiny yang ditulis oleh Bungie.

Baru sahaja berada di setengah jalan, kini Bungie berjaya melepaskan cengkaman daripada Activision. Activision mengawal harga serta isi kandungan dalam Destiny menyebabkan Bungie sering dijerkah oleh pemainnya kerana membuat janji kosong dan longgar pada tahun pertama.

Antara lukisan konsep bangsa yang di keluarkan dari jalan cerita Destiny

Apabila Destiny 2 dilancarkan, tahun pertamanya tidaklah semegah yang dikhabarkan dan telah membuat pemain-pemain bengang lagi sekali apabila sejarah berulang seperti Destiny 1. Namun sejak DLC terbaru D2 berjaya membuktikan mereka boleh memberi content end-game yang lebih hard-core. Roadmap sehingga September 2020 sudah pun siap disusun.

“Looking ahead, we’re excited to announce plans for Activision to transfer publishing rights for Destiny to Bungie. With our remarkable Destiny community, we are ready to publish on our own, while Activision will increase their focus on owned IP projects…

…We’ll continue to deliver on the existing Destiny roadmap, and we’re looking forward to releasing more seasonal experiences in the coming months, as well as surprising our community with some exciting announcements about what lies beyond.” –
Bungie

Berita perpisahan mereka membuat pemain Destiny berasa gembira mengharapkan harga DLC serta content yang padu akan kembali mekar semula.

Bungie kini berkerjasama dengan NetEase, sebuah syarikat teknologi dan gaming China untuk mencuba haluan baru pada Jun 2018 yang lepas. Dengan pertambahan dana sebanyak 100 juta USD kepada Bungie memberi NetEase antara pemegang saham serta kedudukan di dalam board of directors syarikat Bungie. NetEase juga akan memberi lebih tenaga perkerja kepada Bungie untuk berkerjasama dalam pembikinan game mereka mengikutkan GamesIndustry.

JomKomen!