in

Bully 2 Juga Dilaporkan Masih Dalam Pembangunan, Walaupun Rockstar Baru Saja Sahkan GTA 6

Semalam Rockstar Games telah menggegarkan dunia gaming dengan akhirnya telah mengesahkan yang game baharu Grand Theft Auto kini berada dalam pembangunan aktif.

Susulan pendedahan ini, di sebalik pembangunan aktif GTA baharu, Rockstar dilaporkan mempunyai game lain yang turut dalam pembikinan, dan game tersebut dikhabarkan adalah game Bully seterusnya.

Laporan ini hadir dari wartawan tersohor, Tom Henderson. Beliau sebelum ini pernah menyatakan yang Bully 2 sepatutnya diumumkan semasa The Game Awards 2021, namun seperti kita sedia maklum, tiada sebarang berita diumumkan semasa majlis anugerah itu berlangsung Disember lalu.

Disebabkan Rockstar telah mengesahkan yang GTA seterusnya dalam pembangunan aktif, ramai yang mempertikaikan laporan Henderson mengenai Bully 2 sebelum ini. Maka, Henderson telah tampil untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Henderson menegaskan yang pengumuman yang dilakukan Rockstar semalam hanyalah pengesahan bahawa GTA seterusnya sedang dalam pembangunan. Ia tidak bermakna game tersebut satu-satunya game baharu yang sedang mereka bangunkan.

Beliau turut menyatakan yang GTA 6 sebenarnya sudah lama dalam pembangunan, cumanya baru semalam sahaja Rockstar mengesahkan kepada umum. Rockstar juga tidak menyatakan yang pembikinan game itu “baru bermula”, dan Henderson yakin ia sudah sekian lama dibangunkan.

Henderson merumuskan yang “ada sesuatu yang sedang dilakukan untuk siri Bully”. Tentunya pasukan Rockstar lebih daripada mampu untuk menguruskan lebih daripada satu projek pada satu-satu masa.

Seperti biasa, anggap saja berita ini masih dalam status khabar angin selagi ia belum disahkan secara rasmi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Spin-Off League of Legends, Hextech Mayhem Dilancarkan Eksklusif Ke Netflix Games Untuk Versi Mobile

Activision Blizzard Sahkan Warcraft Versi Mobile Akan Dilancarkan Tahun Ini