in ,

Bully 2 Dilaporkan Sepatutnya Diumumkan Semasa The Game Awards 2021, Ura-Ura Dalam Pembikinan

Khabar angin mengenai Bully 2 kembali lagi, dan kali ini ia hadir daripada wartawan tersohor, Tom Henderson.

Henderson menyatakan bahawa Bully 2 sepatutnya didedahkan semasa The Game Awards 2021 yang berlangsung minggu lalu sebagai salah satu game kejutan.

Beliau menambah lagi dengan mengatakan game itu sebenarnya telah diperlihatkan kepada sesetengah pihak, menandakan pendedahan akan dilakukan dalam masa terdekat. Sesetengah daripada mereka, kata Henderson, telah melihat ‘versi yang sudah boleh dimainkan’ pada beberapa minggu sebelum Tha Game Awards 2021.

Walaupun beliau sendiri mengakui agak kabur dalam melaporkan ura-ura ini, Henderson menegaskan yang sememangnya ada sesuatu yang ‘berlaku’ dengan Bully 2, atau apa sahaja judulnya kelak.

Henderson juga tidak menyatakan sebarang alasan mengapa game itu akhirnya tidak didedahkan semasa majlis anugerah tersebut.

Apa-apa pun, seperti biasa, selagi berita ini tidak disahkan secara rasmi, maka jangan terlalu meletakkan harapan yang tinggi.

Kira-kira setahun lalu, kita ada mendengar pula khabar angin yang mengatakan pembikinan Bully 2 telah dibatalkan pada 2017 untuk memberi laluan kepada pembangunan GTA 6 dan Red Dead Redemption 2.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ubisoft Umum 2 DLC Percuma Rentas 2 Game Assassin’s Creed, Watak-Watak Valhalla, Odyssey Bertemu

Arcane Adalah Adaptasi Terbaik Francais Game, Penerbit Lain Harus Belajar Daripada Riot Games