in ,

Bully 2 Dikatakan Dibatalkan Pada 2017 Untuk Beri Laluan Kepada GTA 6 Dan Red Dead Redemption 2

Satu khabar angin baharu telah bertiup kencang mengatakan bahawa pembangunan Bully 2 telah dibatalkan buat kali ketiga oleh Rockstar Games pada 2017 bagi memberi laluan kepada pembikinan Grand Theft Auto VI dan Red Dead Redemption 2.

Laporan ini muncul dari Tez2 and Yan2295 (via DualShockers) iaitu dua individu yang cukup terkenal dalam memberikan info-info dalaman tentang studio tersebut.

GTA 6 dikatakan telah memulakan fasa pra-produksi pada tahun 2015 (dua tahun selepas pelancaran GTA 5). Pembangunan game tersebut dilaporkan telah diperlahankan atas sebab kerja-kerja pembangunan Red Dead Redemption 2 dan Bully 2 yang semakin menimbun.

Walau bagaimanapun, Rockstar dikatakan telah membatalkan terus Bully 2 serta beralih fokus penuh kepada GTA 6 dan Red Dead Redemption 2, setahun sebelum pelancaran game bertemakan koboi itu pada 2018.

Bully 2 sebelum itu sudah dua kali dibatalkan pembangunannya, iaitu pada 2009 dan 2013, atas tujuan yang sama — memberikan laluan kepada projek-projek besar lain.

Walaupun GTA 6 sudah berada lama dalam pembikinan, ramai ‘orang-orang dalam’ industri yakin bahawa game itu masih jauh lagi sebelum boleh bersedia untuk dilancarkan, atau sekurang-kurangnya diumumkan secara rasmi.

Apatah lagi, melihat kepada apa yang berlaku kepada Cyberpunk 2077, semestinya Rockstar tidak mahu tergesa-gesa dalam melancarkan sesebuah game baharu sebelum digilap dengan baik.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PS5 Dilaporkan Terjual 3.4 Juta Unit Dalam 4 Minggu Pertama, Jangka 18 Juta Pada 2021

Sony Interactive Entertainment Buka Ibu Pejabat Baru Di Singapura Sebagai Hab Asia Tenggara

Sony Interactive Entertainment Buka Ibu Pejabat Baru Di Singapura Sebagai Hab Asia Tenggara