in ,

Buku-Buku The Witcher Mula Kehabisan Stok Di Amazon, Satu Lagi Tempias Siri Netflix

Disebabkan terkena tempias populariti siri tv The Witcher di Netflix, buku-buku siri The Witcher tulisan Andrzej Sapkowski sudah kehabisan di laman web Amazon.

Melalui semakan JomGaming, dua paparan tertinggi apabila melakukan carian buku-buku The Witcher di Amanzon ialah “Andrzej Sapkowski Witcher Series 8 Books Collection Set” dan “The Witcher Boxed Set: Blood of Elves, The Time of Contempt, Baptism of Fire“. Dan jangan terkejut, kedua-dua item ini sudah kehabisan stok.

Menurut GameRant, apa yang ada di Amazon kini yang menjual buku-buku The Witcher ialah dari pihak ketiga yang telah menaikkan harga yang terlalu tinggi.

Nampaknya, apa sahaja media tentang francais The Witcher sekarang akan laku keras, terima kasih kepada letupan siri tv The Witcher yang sedang ditayangkan di Netflix pada ketika ini. Sebelum ini, kita sudah melihat bahawa jumlah pemain game The Witcher 3: Wild Hunt yang dibangunkan CD Projekt Red meningkat secara mendadak di Steam, sehingga memecah rekodnya sendiri.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PS5 Dilaporkan Akan Boleh Gunakan Controller DualShock 4 Dari PS4

Sony Dikhabarkan Akan Membuka Pra-Tempahan PS5 Pada Mac Ini