in ,

Bukan Sahaja Game Di Steam, Valve Akan Membenarkan Epic Games Store Dalam Steam Deck

Ramai mungkin akan merasakan Steam Deck yang baru sahaja diumumkan Valve sebagai satu sistem yang eksklusif kepada game-game di Steam sahaja, dan kehadirannya adalah untuk mengetepikan pesaing-pesaingnya.

Korang tersilap kerana secara umumnya Steam Deck adalah sebuah PC, yang dikecilkan kepada bentuk sebuah sistem gaming bimbit. Disebabkan Steam Deck menggunakan PC berasaskan Linux, maka para pemain boleh lakukan macam-macam terhadap sistem ini, tanpa sebarang halangan daripada Valve.

Hal ini telah dijawab wakil Valve, Greg Coomer dalam satu temu bual bersama IGN. Ketika ditanya, “Bolehkah saya log masuk ke dalam akaun Epic Games Store?”, ini jawab beliau:

“Sekali lagi, kamu sebenarnya boleh lakukan apa sahaja yang kamu boleh jangkakan sebuah PC [berasaskan Linux] mampu lakukan. Jadi jawapan kepada semua itu adalah ya.”

Steam Deck akan menggunakan sebuah sistem operasi yang digelar SteamOS, sebuah platform berasaskan Linux. Di laman soalan lazim (FAQ) Steam Deck, Valve ada menyatakan:

“Pengalaman asal Steam Deck memerlukan satu akaun Steam (ianya percuma!). Game-game boleh dibeli dan dimuat-turun menggunakan Steam Store. Walaupun begitu, Steam Deck adalah sebuah PC jadi kamu boleh install software dan sistem operasi pihak ketiga.

Seperti video yang dikongsikan IGN ketika mencuba prototaip Steam Deck, kita dapat saksikan bagaimana sistem ini sememangnya sebuah PC — boleh cucuk mouse/keyboard, antaramuka yang persis Windows, boleh buka browser dan banyak lagi.

Dalam kata lain, tidak seperti Nintendo Switch atau PlayStation Vita yang hanya menggunakan sistem operasi masing-masing, pemain tidak perlu jailbreak Steam Deck untuk melakukan macam-macam perkara kerana Valve tidak menghalang sebarang aktiviti sedemikian.

Namun, ini bukanlah bermakna game-game dari Epic Games Store akan berjalan dengan baik dalam Steam Deck. Dari segi teorinya, ia boleh dilakukan, namun ia perlu dilancarkan terlebih dulu untuk sebahagian pemain mencubanya dulu.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Witcher Di Netflix Mula Ditayangkan 20 Disember, Saksikan Trailer Terbaru Penuh Aksi

Netflix Dilaporkan Lantik Bekas Eksekutif EA, Bersedia Tawarkan Game Dalam Langganan Tanpa Caj Tambahan

Galian Data Aplikasi Netflix Temui Gambar Ghost of Tsushima, DualSense – Kerjasama Netflix-PlayStation?