in , , , ,

Bukan ‘Quarantine’ Atau ‘Parasite’, Judul Rasmi Kini Adalah Rainbow Six Extraction, Gameplay Pertama Minggu Ini

Ubisoft telah memuatnaik satu video baharu yang mendedahkan judul rasmi baharu untuk game shooter mereka akan datang iaitu Rainbow Six Extraction.

Asalnya, ketika pertama kali diumumkan pada 2019, ia dikenali sebagai Rainbow Six Quarantine. Namun, setelah seluruh dunia diserang pandemik pada awal 2020, judul ‘Quarantine’ nampaknya kelihatan agak sensitif.

Sebelum ini, Ubisoft ada menggunakan judul Rainbow Six Parasite sebagai nama sementara bagi menggantikan Quarantine, sementara mencari judul yang lebih sesuai.

Kini, judul baharu dan rasminya adalah Rainbow Six Extraction.

Pendedahan penuh mengenai game ini bakal diadakan semasa acara Ubisoft Forward yang akan berlangsung pada 13 Jun ini, 3 pagi (waktu Malaysia).

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
SEMUA DLC Battlefield 4 Kini Adalah Percuma!

Battlefield 4, 1, 5 Kini Disajikan Dengan Promo Battlefield Yang Akan Didedahkan Esok

Ratchet and Clank: Rift Apart: Boleh Beli or Boleh Blah!?