Minggu lalu, Netflix telah mengumumkan filem anime yang akan diterbitkan mereka, berjudul The Witcher: Nightmare of the Wolf, berdasarkan siri tv live-action yang telah mula tayangan musim pertama pada akhir tahun lalu.
Terbaru, Netflix telah memuatnaik page The Witcher: Nightmare of the Wolf ke laman rasminya, dan mendedahkan sinopsis untuk filem anime ini. Katanya:
“Lama sebelum menjadi mentor kepada Geralt, Vesemir memulakan perjalanannya sendiri sebagai seorang witcher selepas Deglan yang misteri menuntutnya melalui Law of Surprise.”
Sinopsis ini sekaligus mengesahkan bahawa anime ini nanti tidak akan membawakan Geralt of Rivia sebagai protagonis, sebaliknya mentor kepadanya iaitu Vesemir. Ia turut menggambarkan bahawa timeline yang akan ditampilkan ialah semasa Vesemir masih mudah dan baru mula belajar untuk menjadi witcher.
Timeline ini semestinya menarik memandangkan musim kedua The Witcher nanti akan menampilkan Vesemir, dan mengetahui kisah lampaunya sebelum muncul dalam musim kedua akan memberikan para penonton penceritaan yang baik. Pada ketika ini, peminat sangat berharap agar Netflix mengambil Mark Hamill untuk menghidupkan watak Vesemir.
Walaupun dah memuatnaik filem anime ini ke page Netflix, mereka masih belum mendedahkan bilakah ia akan mula ditayangkan, tetapi ia dijangkakan sebelum musim kedua The Witcher bermula pada awal 2021.
Dua individu yang mengetuai projek filem anime ini juga adalah penerbit siri TV itu, iaitu Lauren Hissrich dan Beau DeMayo. Mengenai animasinya pula, studio yang akan membangunkan filem anime ini ialah studio terkenal dari Korea, Studio Mir — yang mencipta The Legend of Korra dan Voltron: Legendary Defender.
Comments
Loading…