in , ,

Bukan Geng Basikal Bahayakan Orang Lain, Season Ialah Game PS5 Pengembaraan Berbasikal

Daripada kayuh basikal beramai-ramai sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain, lebih baik kita tunggu game eksklusif PS5 akan datang ini.

Daripada sekian banyak game yang diumumkan semasa The Game Awards 2020 pada Jumaat lalu, salah satu game yang paling menarik perhatian kami ialah Season, sebuah game pengembaraan menaiki basikal yang kelihatan cukup indah.

Belum banyak lagi butiran yang kita tahu setakat ini, tetapi daripada deskripsi yang didedahkan, Season merupakan sebuah game pengembaraan jalan raya berbasikal, menampilkan genre ‘third-person atmospheric adventure’. Melalui kacamata seorang wanita muda yang berasal dari sebuah komuniti terpencil, pemain akan membawa karakter ini menerokai dunia buat pertama kali.

Dibangunkan oleh Scavengers Studio, pemain akan mengumpulkan artifak dan memori sebelum satu bencana alam misteri akan melenyapkan dunia seleruhnya.

Korang boleh saksikan trailer yang sangat menarik ini di bawah:

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini Perbandingan Grafik Cyberpunk 2077 Pada 2018 Dengan Versi Pelancaran Di PC

13 Pelakon Terkenal Yang Pernah Terlibat Dalam Industri Video Game

CD Projekt Red Mohon Maaf Kepada Pemain PS4, Xbox – Sediakan Emel Khas Untuk Refund Cyberpunk 2077